Pages

Sunday 11 March 2012

Smart board
           
Pertama kali melihat “Smart Board” ialah semasa saya mengambil kurus audit (kursus bahasa) iaitu Bahasa Sepanyol I dan dalam kelas ICT ini ialah kali kedua. Mula-mula saya lihat “Smart Board” ini, saya amat kagum sampai terkeluar perkataan “wau”. Saya amat kagum kerana manusia dikurniakan akal yang sangat hebat oleh pencipta mereka sehingga boleh melakukan seberapa banyak kemajuan yang ingin dilakukan oleh mereka.
Kelebihan yang ada pada pada Smart Board ini ialah kita boleh membetulkan dan menambah hasil kerja kita pada pada “Smart Board” iaitu satu papan putih yang memaparkan hasil kerja kita melalui sentuhan.
Kami juga diberi tugasan untuk “Smart Board” ini iaitu kami perlu membuat satu rancangan pengajaran untuk menggunakan “Smart Board” melalui tajuk yang dipilih. Ahli kumpulan untuk membuat rancangan pengajaran ini sama seperti ahli kumpulan saya semasa membuat “ Smart School”.
Akhir sekali saya berharap penggunaan “Smart Board” in I dapat dilaksanakan di semua sekolah bukan hanya di sekolah bestari.
-s0meone91-

No comments:

Post a Comment