Pages

Friday 13 May 2011

               
Smart school 
(documents analysis)

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Tugasan pertama yang diberi oleh kami sebagai pelajar kursus “SSI3013 Information & Communication Technology In Science”  ialah kami perlu manganalisis dua artikel iaitu “Smart School Blue Print” dan “Smart School Road Map”.  Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 orang iaitu :

1)      Huda Bt Yusof
2)      Azlin Azniza bt Ahmad
3)      Nur Janna bt Mustapha
4)      Nur Ain
5)      Wan Nur`Atiqah bt Wan Mohamad Zamri  (saya)

Antara aspek-aspek yang perlu ditekankan oleh kami semasa menganalisis dua dokumen ini ialah kami perlu mengkaji tentang kebaikan dan kelemahan yang terdapat dalam kedua-dua program yang dijalankan tersebut.  Selain itu, kami juga perlu mencari penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. 

Secara jujurnya, saya mengetahui kewujudan pelaksanaan program ini. Tetapi tidak pernah untuk mengambil berat secara serius untuk mengetahui secara mendalam. Selain itu, saya juga pernah bersekolah di sekolah kluster, SMK (A) Sheikh Abdul Malek yang juga menjalankan pelaksanaan seperti sekolah bestari.  Oleh hal yang demikian, saya sedikit sebanyak memahami pelaksanaan-pelaksanaan yang dijalankan oleh kerajaan terhadap sekolah bestari.

Semasa kami menjalankan tugasan yang diberi, kami membahagikan tugasan-yugasan sama rata kepada setiap ahli supaya dapat menyiapkan tugasan pada masa yang diberikan. Tambahan lagi, semasa mebuat tugasan ini, kami menghadapi beberapa kesulitan kerana kurang memahami kehendak tugasan. Tetapi, setiap masalah mempunyai penyelesaian. Bagi memahami kehendak tugasan , kami membuat sedikit perbincangan dengan ahli kumpulan lain. 

                Setelah menyiapkan tugasan, saya merasakan pihak kerajaan telah melakukan banyak perkara bagi memajukan dan menaik tarafkan sistem pendidikan di Malaysia. Saya bangga menjadi ANAK MALAYSIA. Tidak lupa saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya, rakan-rakan yang sudi bekerjasama sama ada secara tidak langsung atau pun secara lansung serta tidak lupa pensyarah kursus kami Dr. Saadiah.
-s0meone91-




No comments:

Post a Comment